SELAMAT DATANG

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Kepada semua pengunjung laman-laman saya di Kausar Kreatif ini,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada yang beragama Islam di Malaysia dan seluruh dunia yang sudi berkunjung ke laman saya yang tidak seberapa ini dan sudah lama tidak dikemaskini...

Jika ada janji-janji saya yang masih belum ditunaikan, saya minta maaf dan saya memohon kepadaNya supaya diberi kesempatan menunaikannya satu hari nanti, insya'Allah...

Anak kecil menangkap patin
Terjumpa pula siikan keli
Di bawah naungan pohon kuini
Kupohon maaf zahir batin
Ada kesempatan berjumpa lagi
Di dunia saiber tanpa sempadan ini


Wednesday, July 28, 2010

Kemanisan Umrah

Sebenarnya telah 3 bulan semenjak saya dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah, namun lantaran kesibukan dan kesuntukan masa, tidak dapat berkongsi pengalaman dengan anda sekelian.

Setakat ini saya hanya dapat berkongsi gambar bersama anda, mungkin di lain kali saya akan berkisah tentang pengalaman saya (jika diizinkanNya)


Pemandangan di jalan Kota Madinah dari bilik penginapan Manazeeli berhampiran Masjid Nabawi.

Masjid Nabawi pada waktu malam

Rakan-rakan seperjalanan bersama mutawif kami Hj Naserudin (kanan sekali) selepas berkunjung ke Raudhah dan menziarahi Makam Rasulullah s.a.w, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saiyidina Umar Al-Khattab r.hum.

Menziarahi perkuburan Baqiq selepas subuh. Sayup dan syahdu mata memandang lanskap yang ditaburi batu-batu nesan tidak bernama milik para sahabat r.hum


Burung-burung merpati merupakan pengunjung setia perkuburan Baqiq


Berkunjung ke ladang unta

Rakan-rakan seperjalanan semasa berkunjung ke salah sebuah masjid bersejarah



Berkunjung ke tapak runtuhan di mana berlakunya Perjanjian Hudaibiyyah

Berkunjung ke Jabal Rahmah, titik pertemuan Nabi Adam a.s dan Siti Hawa selepas terpisah ekoran dari peristiwa memakan buah khuldi dan disingkirkan dari syurga ke atas dunia.

Bergambar di Bukit Uhud di mana berlakunya peristiwa berdarah pembunuhan para sahabat r.hum semasa peperangan Uhud, lantaran keingkaran kepada perintah Rasulullah s.a.w

Di kaki Bukit Thur sebelum memulakan pendakian kami ke puncak selepas waktu Asar bersama pemandu pendakian kami, Haji Shahril. Solat Maghrib dan Isyak di dalam tempat wakaf yang disediakan. Tiba di kaki bukit semula lebih kurang jam 12 tengah malam.

Pemandangan bangunan di Kota Mekah dari Hotel penginapan Zahrath Kamil


Pemandangan Kaabah dari bumbung Masjidil Haram di Mekah

Pemandangan Kaabah dari bumbung Masjidil Haram di Mekah pada waktu malam

Pemandangan di luar Masjidil Haram di Mekah


Pemandangan di luar Masjidil Haram di Mekah pada waktu malam

Pintu masuk berwarna hijau sebelum memulakan tawaf



Batu-batu bukit di awal perjalanan mengerjakan saie di Bukit Safa

Pemandangan berhampiran kawasan lampu-lampu hijau di perjalanan saie antara Safa dan Marwah menandakan tempat untuk kaum lelaki berlari-lari anak (sunat).

Batu-batu di Bukit Marwah menandakan penghujung saie di mana doa akhir saie dan tahallul dilakukan.


Kelambu Kaabah baru dengan empat penanda di penjuru menandakan tempat pusingan lengkap setiap tawaf di Rukun Hajarul Aswad


Pemandangan dari bumbung Masjidil Haram di waktu senja

Pemandangan dari bumbung Masjidil Haram di waktu malam

Hotel Zahrath Kamil, tempat penginapan kami di Mekah







Sunday, January 31, 2010

Satu presentasi video



Sekiranya anda telah membaca setiap artikel saya di dalam blog ini, tentu anda ada terbaca tentang niat saya untuk berkongsi sesuatu di dalam posting Pengenalan kepada Kausar Kreatif.

Apa yang pernah saya tulis adalah:
"Saya pernah menyiapkan sebuah presentation video untuk Jamuan Tahunan di syarikat saya pernah bekerja dulu, tanpa sebarang ilmu tentangnya, hanya berbekalkan komputer, internet, kamkoder dan perisian yang disediakan (mungkin satu masa nanti saya akan buat satu artikel tentang itu)".

Walaupun telah 7 tahun berlalu, dan lebih banyak teknik yang lebih canggih pada masa ini, saya sengaja abadikan koleksi video ini untuk tatapan anda semua. Mungkin ia boleh memberi inspirasi dan suntikan idea kreatif untuk anda.

Karya yang saya berikan nama "BASF MTV" bersempena konsep lagu-lagu Top Ten yang memaparkan warga syarikat tempat saya pernah bekerja dahulu.

Video-video ini saya "upload"kan di Youtube. Jika anda berminat untuk meng"upload"kan video anda juga, anda boleh baca artikel saya Cara menghantar video anda ke Youtube di dalam segmen Komputer & Internet.

Sekiranya anda mengalami masalah video yang tersekat-sekat, tekan butang "PAUSE" terlebih dahulu dan biarkan bar berwarna merah penuh dahulu sebelum menekan butang "PLAY" semula.

Selamat menonton :)