SELAMAT DATANG

Sunday, January 22, 2012

Bila jemari dapat menulis semula...


Terasa sudah lama sungguh tidak berblog di sini. Terasa seperti satu kemerdekaan bila ada masa semula untuk memainkan jari di keyboard untuk menulis untuk anda. Alasan-alasan seperti tiada masa dan tidak berkesempatan rasanya seperti telah basi dan hanya alasan psikologi untuk mengelak dari menggera minda dan menggarap ayat untuk bacaan semua.

Dunia internet telah banyak berubah dan terus berubah. Kegilaan terbaru adalah Facebook sebagai platform untuk berhubung dengan rakan atau keluarga dan membina rangkaian taulan dari seluruh dunia dan berkongsi apa sahaja maklumat hinggakan ke masakan tengahari ini atau mood semasa. Keseronokan menerima tindakbalas "friends" yang telah di"add" dan berkongsi pelbagai maklumat melalui "share" dengan jaringan "friends" sendiri melalui komputer atau smartphone menyebabkan Facebook medium yang sesuai untuk ini.

Pemasaran di internet masih menjadi satu misteri yang masih dicari dan dikaji oleh ramai pihak. Menerobosi pasaran melalui pelbagai teknik terutamanya yang percuma menjadi pilihan ramai kerana teknik yang berbayar masih belum tentu keberhasilannya. Apapun jawapannya ada pada yang rajin mencari maklumat baru di samping membina rangkaian mereka yang mencari jawapan yang sama dan sentiasa mengesan dan mencuba pelbagai kemudahan baru yang disediakan. Dan sehubungan dari itu juga apa yang saya lakukan adalah sebagai satu cara mempelajari teknik pemasaran di internet walaupun kadang-kadang agak memenatkan dan seperti membuang masa.

Dalam keghairahan membuat pemasaran di internet, kedai-kedai peniaga di "Alam Nyata" juga tidak kurang hangat berkembang. Artikel kali ini saya tujukan khusus kepada mereka yang menceburi bidang retail. Saya kira terjemahan "runcit" agak kurang sesuai kerana ia seperti kedai runcit, sedangkan retail lebih umum kepada kedai, gedung atau kiosk yang menjual barangan kepada pelanggan. Artikel ringkas dan padat saya sediakan di Wang & Perniagaan manakala yang ada masa membaca lebih panjang ada di Laman Baru Kausar Kreatif. Ada tips yang boleh digunakan kepada yang berniaga bukan secara retail juga.

Selamat Bersantai di Hari Minggu dan Pintu Gerbang Tahun Naga

Thursday, January 19, 2012

PEMBAHARUAN DI KAUSAR KREATIF

Sila berkunjung ke Laman Baru Kausar Kreatif yang telah diintegrasi.
KLIK DI SINI