SELAMAT DATANG

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

Bila jemari dapat menulis semula...


Terasa sudah lama sungguh tidak berblog di sini. Terasa seperti satu kemerdekaan bila ada masa semula untuk memainkan jari di keyboard untuk menulis untuk anda. Alasan-alasan seperti tiada masa dan tidak berkesempatan rasanya seperti telah basi dan hanya alasan psikologi untuk mengelak dari menggera minda dan menggarap ayat untuk bacaan semua.

Dunia internet telah banyak berubah dan terus berubah. Kegilaan terbaru adalah Facebook sebagai platform untuk berhubung dengan rakan atau keluarga dan membina rangkaian taulan dari seluruh dunia dan berkongsi apa sahaja maklumat hinggakan ke masakan tengahari ini atau mood semasa. Keseronokan menerima tindakbalas "friends" yang telah di"add" dan berkongsi pelbagai maklumat melalui "share" dengan jaringan "friends" sendiri melalui komputer atau smartphone menyebabkan Facebook medium yang sesuai untuk ini.

Pemasaran di internet masih menjadi satu misteri yang masih dicari dan dikaji oleh ramai pihak. Menerobosi pasaran melalui pelbagai teknik terutamanya yang percuma menjadi pilihan ramai kerana teknik yang berbayar masih belum tentu keberhasilannya. Apapun jawapannya ada pada yang rajin mencari maklumat baru di samping membina rangkaian mereka yang mencari jawapan yang sama dan sentiasa mengesan dan mencuba pelbagai kemudahan baru yang disediakan. Dan sehubungan dari itu juga apa yang saya lakukan adalah sebagai satu cara mempelajari teknik pemasaran di internet walaupun kadang-kadang agak memenatkan dan seperti membuang masa.

Dalam keghairahan membuat pemasaran di internet, kedai-kedai peniaga di "Alam Nyata" juga tidak kurang hangat berkembang. Artikel kali ini saya tujukan khusus kepada mereka yang menceburi bidang retail. Saya kira terjemahan "runcit" agak kurang sesuai kerana ia seperti kedai runcit, sedangkan retail lebih umum kepada kedai, gedung atau kiosk yang menjual barangan kepada pelanggan. Artikel ringkas dan padat saya sediakan di Wang & Perniagaan manakala yang ada masa membaca lebih panjang ada di Laman Baru Kausar Kreatif. Ada tips yang boleh digunakan kepada yang berniaga bukan secara retail juga.

Selamat Bersantai di Hari Minggu dan Pintu Gerbang Tahun Naga

Thursday, March 10, 2011

Kembali setelah sekian lama menyepi...

Selamat Datang saya ucapkan kepada pengunjung budiman sekelian, sama ada yang pertama kali singgah ke sini ataupun yang telah berulang kali...

Sepuluh jemari saya susun memohon kemaafan kerana terlalu lama menyepi dari menyediakan wadah baru untuk bacaan anda. Hati memang melonjak-lonjak untuk menyediakan artikel baru, tapi kerana kesuntukan masa, mentol yang bernyala-nyala akhirnya malap dan terus terpadam.
Walaupun saya tidak aktif di Blogspot ini, tapi anda tetap boleh berhubung dengan saya di Facebook saya, seperti yang ada di sebelah kolum ini. Ada "link-link" baru yang saya sediakan untuk anda berkunjung.


Facebook adalah alat komunikasi yang sangat berkesan untuk terus berhubung dengan keluarga, teman dan kenalan anda di seluruh dunia, asalkan anda bijak melindungi maklumat peribadi anda dan menggunakan teknik yang betul. Sejauh mana kebenaran berita bahawa akan ada satu perubahan kepada Facebook pada 15 Mac ini, kita sama-sama tunggu.

Selamat Bertemu kembali di Blogspot ataupun Facebook...