SELAMAT DATANG
Wednesday, August 7, 2013
Tuesday, May 15, 2012
Hari Guru 2012
Baru sahaja kita menyambut Hari Ibu pada hari Ahad lepas, Hari Guru pula menyusul pada hari Rabu 16 Mei ini.
Tema tahun ini adalah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".
Berikut adalah lagu temanya:
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
Korus:
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta
Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada pernah jemu tiada putus asa
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan
Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)
Sumber: Portal Rasmi SK Felda Tenggaroh 1Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan
Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada para guru di seluruh tanahair.
Saturday, May 12, 2012
Selamat Hari Ibu
Sempena Hari Ibu pada tarikh 13 Mei tahun ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada semua pengunjung laman ini, Selamat Menyambut Hari Ibu.
Saturday, April 21, 2012
E-Novel Interaktif
"Million Little Mistakes", sebuah karya novel interaktif oleh Heather McElhatton
Tentu ada pembaca yang pernah berangan-angan untuk diberi pilihan selain daripada menurut cerita seperti yang ditulis oleh penulis itu sendiri? Idea ini telah lama wujud tetapi dipelopori olek bidang penulisan kanak-kanak. Konsep novel interaktif Konsep ini merujuk kepada pilihan yang diberi kepada pembaca untuk menentukan penghujung cerita berdasarkan keputusan melalui dialog dan tindakan yang dipilih.
Karya seperti ini nampak gayanya kurang sambutan di alaf ini walaupun ada penulis yang masih berminat untuk menghasilkannya seperti Heather McElhatton, Geoff Ryman dan David Benson.
Di tananair kita, rasanya masih belum ada penulis yang mahu mencuba teknik ini. Namun begitu untuk mendapat konsep asas tentang penghasilan karya seperti ini, anda boleh berkunjung ke Laman Karya & Cerita untuk membaca tentang Karya E-Novel Interaktif.
Anda juga boleh berkunjung le Laman Pena VR untuk melihat bagaimana karya seperti ini boleh dihasilkan dengan membaca e-novel Misteri Mimpi Yana. Kisah ini dirancang akan dihasilkan di dalam lima bahagian, dan kini berada di dalam bahagian kedua.
Saturday, April 14, 2012
Karya Penulisan Cerpen dan Novel
Salam kepada semua pengunjung,
Alhamdulillah, tercapai juga hasrat menghasilkan karya berbentuk penceritaan. Tidak sia-sia juga berguru dengan pelbagai ebook berkenaan penulisan kategori ini. Ucapan terima kasih saya juga kepada W.B.Rendra yang menghadiahkan naskhah koleksi cerpen Mazhab Cinta satu masa dahulu, kerana ianya telah membuahkan hasil kepada saya.
Ada masa silalah menjenguk ke laman saya PENA VR untuk membaca beberapa cerpen dan e-novel pertama saya.
E-novel saya buat lain sedikit dari yang biasa dibuat orang lain, kerana saya memilih genre misteri thriller. Misteri Mimpi Yana saya tulis dalam bentuk interaktif, iaitu pembaca diberi peluang memilih beberapa jalan cerita yang berakhir dengan tiga penghujung. Ia akan saya bahagikan kepada beberapa bahagian yang akan berkembang dengan satu plot utama berkaitan dengan Yana. Tetapi setiap bahagian ada pengakhirannya sendiri.
Kenapa pilih misteri thriller?
Saya memang meminati karya misteri berunsur thriller dan paranormal. Penulis kegemaran saya? Siapa lagi kalau bukan Stephen King. Banyak karya novelnya yang telah saya miliki termasuk Shining, Firestarter, dan yang paling saya suka adalah IT. IT ditulis dengan begitu panjang lebar dan tebal tetapi digarap begitu istimewa sehinnga tidak bosan dibaca hingga ke akhir.
Di tanahair kita penulis genre ini yang tidak asing lagi adalah Ramli Awang Mursyid dengan novel-novel seperti Ranggau, Mandatori, Tombiruo, Semangat Hutan, ADAM, Ungu Karmila, Hijab Sang Pencinta, dan yang terbaru adalah Fiksyen 302
Walau bagaimanapun saya cuba menerokai genre-genre lain menerusi penulisan cerpen.
Cerpen Stanza Cinta, Ros Merah dan Tofi Epal mengisahkan seorang gadis bernama Mira yang baru mengenal erti cinta. Bingkisan Sakura dari Tokyo mengisahkan seorang isteri (juga bernama Mira) yang menyedari akibat cemburu buta tanpa usul periksa. Cincin Di Jari meneroka simbolisma cincin di jari dalam perkahwinan menerusi seorang lelaki bernama Zahrul yang berfikir definisi cinta dan jodoh telah berubah dengan peredaran zaman yang telah moden dengan facebook dan internet, tetapi mengenali keluhuran cinta seorang isteri menerusi pengorbanannya yang tragis. Dalam Sup Ekor ada Cinta mengungkai persoalan dalam pepatah "Cinta Itu Buta" yang digambarkan menerusi seorang gadis bernama Aida dan seorang duda hampir separuh abad bernama Dahlan.
Cerpen Kepulangan tersasar sedikit dari genre cinta, tetapi masih berkisar tentang kasih sayang dari ertikata yang luas sebagai sebuah keluarga. Ia adalah kisah Syafiq yang terhimpit dalam kehidupannya yang berubah selepas ditinggalkan ayah dan mendapat seorang bapa tiri, dengan pengakhiran yang 'twisted'.
Tulisan-tulisan saya yang amatur ini terpulanglah kepada anda untuk menilai sendiri mutunya dan mencari simbolisma dan metafora yang tersirat di dalamnya, jika ada..
Dalam keghairahan menulis cerpen, seperti seorang anak kecil yang baru dibelikan permainan baru oleh ayahnya, banyak lagi idea-idea yang akan saya anyam dan garap menjadi cerpen, jika diizinkan Allah.
Untuk membaca karya-karya penulisan cerita saya ini silalah ke LAMAN PENA VR

Wednesday, February 1, 2012
Warkah buat Rasulullah (s.a.w)
Ya Rasullullah,
Ketika ini
umatmu yang alpa
cuba mengenang pengorbananmu
Sedangkan selama ini perbuatanku
Seakan lupa bahawa aku adalah umatmu
Ya Rasullullah,
Ketika itu
Waktu umatmu ini berkunjung
ke makammu di Raudhah
Hati terasa rindu untuk bertemu denganmu
Sedangkan di kala sibuk dengan hiruk-pikuk duniawi
Hati menjadi lalai dari mengingatkan sirahmu
Ya Rasulullah,
Ketika ini
Hati sedar betapa mulianya dirimu
Sebagai Asyraful Makhlukat dan Sayyidul Anbiyaa
Sedangkan di waktu lain
Aku mengagungkan cara hidup selain yang kau bawa
Ya Rasulullah,
Ketika itu
Sewaktu membuat pengorbanan
Di atas jalan yang kau rintis dengan derita dan payah
Hati terasa kemanisan iman dan kesayuan menghayati pengorbananmu
Sedangkan di kala senang dan gembira
Jiwa seakan berpesta
Dengan dunia yang penuh tipu-daya
Ya Rasulullah,
Ketika ini
Hati seakan sedar betapa jauhnya kehidupan
Dari landasan yang engkau tunjukkan
Untuk kebahagiaan abadi
Sedangkan di waktu lain
Hati begitu payah untuk menegakkan sunnahmu
Seperti menggenggam bara yang melecurkan tubuh
Ya Rasulullah,
Ketika itu
Hati mengenangkan pengorbanan yang kau lakukan
Kerisauan terhadap keselamatan umat mu
Di hari yang tiada lagi perlindungan
Selain dari keampunanNya dan syafaatmu
Sedangkan di waktu lain
Hati lebih risaukan nasib diri
Di dunia yang penuh tipu-daya ini
Ya Rasulullah,
Ketika nanti
Apabila bertemu dengan mu di telaga kausar
Untuk seteguk air penghilang dahaga abadi
Adakah bisa kau kenalku sebagai umatmu
Untuk aku menyisip air dari tanganmu yang mulia
Sedangkan kehidupan ini telah dibazirkan
Tanpa menghayati dan membawa panduan yang kau bawa di dalam kehidupan
Ya Rasulullah,
Ketika nanti
Ketika aku meniti siratulmustakim
Dalam gigil dan getar memikirkan
Nasib berjaya atau tidak sampai ke seberang
Adakah bisa aku mendapat syafaatmu
Sedangkan sewaktu di dunia yang fana
Lidah begitu liat untuk melafazkan selawat buatmu
Ya Rasulullah,
Ketika nanti
Bila kau berada di dalam Jannatul Firdaus bersama para sahabat dan kekasihmu
Adakah bisa aku melihat wajahmu yang mulia
Atau aku akan bersama mereka yang celaka
Lantaran kelalaian dan noda dosa di dunia
Ya Allah,
Ketika ini
Kupohon petunjuk dan hidayah dari Mu
Agar dapat kuhayati kehidupan kekasihMu
Seperti yang selayaknya sebagai makhluk yang paling mulia disisiMu
Agar dapat kulaksanakan panduan yang dibawa
Walaupun umpama meniti bara dalam kehidupan yang fana ini
Supaya kelak bila bertemunya
Dapat ku tatap pancaran cahaya gembira dari wajahnya yang mulia
S.K
Sempena Maulidur Rasul 2012M / 1433H

Topik berkaitan
maulidur rasul,
maulud nabi,
warkah buat rasulullah
Sunday, January 22, 2012
Bila jemari dapat menulis semula...
Terasa sudah lama sungguh tidak berblog di sini. Terasa seperti satu kemerdekaan bila ada masa semula untuk memainkan jari di keyboard untuk menulis untuk anda. Alasan-alasan seperti tiada masa dan tidak berkesempatan rasanya seperti telah basi dan hanya alasan psikologi untuk mengelak dari menggera minda dan menggarap ayat untuk bacaan semua.
Dunia internet telah banyak berubah dan terus berubah. Kegilaan terbaru adalah Facebook sebagai platform untuk berhubung dengan rakan atau keluarga dan membina rangkaian taulan dari seluruh dunia dan berkongsi apa sahaja maklumat hinggakan ke masakan tengahari ini atau mood semasa. Keseronokan menerima tindakbalas "friends" yang telah di"add" dan berkongsi pelbagai maklumat melalui "share" dengan jaringan "friends" sendiri melalui komputer atau smartphone menyebabkan Facebook medium yang sesuai untuk ini.
Pemasaran di internet masih menjadi satu misteri yang masih dicari dan dikaji oleh ramai pihak. Menerobosi pasaran melalui pelbagai teknik terutamanya yang percuma menjadi pilihan ramai kerana teknik yang berbayar masih belum tentu keberhasilannya. Apapun jawapannya ada pada yang rajin mencari maklumat baru di samping membina rangkaian mereka yang mencari jawapan yang sama dan sentiasa mengesan dan mencuba pelbagai kemudahan baru yang disediakan. Dan sehubungan dari itu juga apa yang saya lakukan adalah sebagai satu cara mempelajari teknik pemasaran di internet walaupun kadang-kadang agak memenatkan dan seperti membuang masa.
Dalam keghairahan membuat pemasaran di internet, kedai-kedai peniaga di "Alam Nyata" juga tidak kurang hangat berkembang. Artikel kali ini saya tujukan khusus kepada mereka yang menceburi bidang retail. Saya kira terjemahan "runcit" agak kurang sesuai kerana ia seperti kedai runcit, sedangkan retail lebih umum kepada kedai, gedung atau kiosk yang menjual barangan kepada pelanggan. Artikel ringkas dan padat saya sediakan di Wang & Perniagaan manakala yang ada masa membaca lebih panjang ada di Laman Baru Kausar Kreatif. Ada tips yang boleh digunakan kepada yang berniaga bukan secara retail juga.
Selamat Bersantai di Hari Minggu dan Pintu Gerbang Tahun Naga
Thursday, January 19, 2012
Thursday, March 10, 2011
Kembali setelah sekian lama menyepi...
Selamat Datang saya ucapkan kepada pengunjung budiman sekelian, sama ada yang pertama kali singgah ke sini ataupun yang telah berulang kali...
Sepuluh jemari saya susun memohon kemaafan kerana terlalu lama menyepi dari menyediakan wadah baru untuk bacaan anda. Hati memang melonjak-lonjak untuk menyediakan artikel baru, tapi kerana kesuntukan masa, mentol yang bernyala-nyala akhirnya malap dan terus terpadam.
Walaupun saya tidak aktif di Blogspot ini, tapi anda tetap boleh berhubung dengan saya di Facebook saya, seperti yang ada di sebelah kolum ini. Ada "link-link" baru yang saya sediakan untuk anda berkunjung.

Facebook adalah alat komunikasi yang sangat berkesan untuk terus berhubung dengan keluarga, teman dan kenalan anda di seluruh dunia, asalkan anda bijak melindungi maklumat peribadi anda dan menggunakan teknik yang betul. Sejauh mana kebenaran berita bahawa akan ada satu perubahan kepada Facebook pada 15 Mac ini, kita sama-sama tunggu.
Selamat Bertemu kembali di Blogspot ataupun Facebook...
Topik berkaitan
15 Mac 2011,
Blogspot,
facebook,
kausar kreatif
Wednesday, September 8, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Kepada semua pengunjung laman-laman saya di Kausar Kreatif ini,
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada yang beragama Islam di Malaysia dan seluruh dunia yang sudi berkunjung ke laman saya yang tidak seberapa ini dan sudah lama tidak dikemaskini...
Jika ada janji-janji saya yang masih belum ditunaikan, saya minta maaf dan saya memohon kepadaNya supaya diberi kesempatan menunaikannya satu hari nanti, insya'Allah...
Anak kecil menangkap patin
Terjumpa pula siikan keli
Di bawah naungan pohon kuini
Kupohon maaf zahir batin
Ada kesempatan berjumpa lagi
Di dunia saiber tanpa sempadan ini
Topik berkaitan
aidil fitri,
kausar kreatif,
selamat hari raya,
ucapan
Subscribe to:
Posts (Atom)