SELAMAT DATANG

Tuesday, May 15, 2012

Hari Guru 2012


Baru sahaja kita menyambut Hari Ibu pada hari Ahad lepas, Hari Guru pula menyusul pada hari Rabu 16 Mei ini. 
Tema tahun ini adalah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".
Berikut adalah lagu temanya:


Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini


Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
Korus:
Sahutlah cabaran, perubahan

Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta
Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan


Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)
Sumber: Portal Rasmi SK Felda Tenggaroh 1


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada para guru di seluruh tanahair.

1 comment:

ummu said...

salam penulis bebas
selamat hari guru buat semua guru di Malaysia.