SELAMAT DATANG

Sunday, September 13, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Dalam kesibukan kita menjalani ibadah puasa, membuat persiapan berbuka puasa dan membuat persiapan untuk menyambut hari raya, bulan Ramadhan telah hampir ke penghujung dan bulan Syawal akan menjelma tidak lama lagi.

Semoga Ramadhan tahun ini dapat memberi perubahan positif kepada diri kita dalam memperbaiki amalan kita. Kadang-kadang kerana terlalu sibuk dan teruja untuk menyambut hari raya, kita terlupa bahawa bulan Ramadhan adalah peluang terbaik untuk memperbaiki atau memulakan sesuatu perubahan positif dalam diri kita kerana pada bulan ini terdapat riwayat mengatakan bahawa syaitan dirantai, menunjukkan lebih mudah berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan pada bulan ini (wallahua'lam)

Janganlah kerana mengejar keseronokan pada hari raya yang bakal menjelma, kita terlalai sehingga berlebih-lebihan, membazir dan saling berkejaran mendahului satu sama lain dalam hal-hal keduniaan.

Masih ada peluang lagi untuk kita memperbaiki atau meningkatkan amalan kita dengan beberapa hari penghujung bulan Ramadhan. Kepada yang masih belum menunaikan zakat fitrah, jangan ditangguh sehingga telah selesai solat atau sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri.

Kepada yang akan meninggalkan rumah untuk jangkamasa yang lama, jangan lupa untuk mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu. Dan kepada yang akan berjalan jauh, jangan lupa juga memastikan kenderaan dan keluarga anda dalam keadaan yang baik dan selamat. Kerana seringkali kecuaian yang sedikit pada saat-saat akhir mengakibatkan penyesalan yang berpanjangan.

Dengan kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung Kausar Kreatif yang beragama Islam. Semoga ibadah puasa kita semua tahun ini diterima oleh Allah swt.

Saya ingin juga memohon maaf zahir dan batin sekiranya ada sebarang kesilapan atau tulisan yang mengguris hati sesiapa, kerana matlamat utama Kausar Kreatif adalah memberikan alternatif kepada anda di dalam mendapatkan maklumat, tips dan idea di dunia online, di samping memberi peluang untuk anda mempromosi laman, produk atau perkhidmatan anda. Jangan lupa juga untuk berkunjung ke Mini Forum Google Group atau Warong Kopi saya untuk meninggalkan ucapan atau pesanan anda.

3 comments:

Ziarah76 said...

selamat hari raya, tuan di mana sekarang, S.Indah ke Pekan Nanas?
Maafkan saya... sepatutnya saya ziarah tuan dan ambik ehwal, tapi atas kelemahan saya, saya tak sempat buat mcm tu waktu ni..
lagi satu, ada tak poster atau gambar atau imej untuk Syawal utk saya gunakan buat header blog sempena Aidilfitri.
Macam imej gambar ramadan dlm posting ramadhan kedatangan yang ditunggu tu cantik gak, tapi untuk syawal ada tak?
t kasih

Unknown said...

Selamat hari raya tuan mutakalim.
Tak apa. Tak dapat ziarah ke rumah,ziarah blog pun dah kira ok tu :D

dah cuba cari tak jumpalah.
Tapi kalau ada photo editor (photoshop, photo impact dll) boleh cuba link ni, tinggal tambah caption selamat hari raya bla..bla..bla..

http://www.flickr.com/search/?s=int&w=all&q=islamic+art&m=text#page=0

p/s: ada gambar yg copyright, jadi kena pandai2 pilih :)

Unknown said...

Salam saudara Tidak Bernama (En.Ismail?),
Terima kasih atas maklumat yg diberi.
Selamat Hari Raya. :)