SELAMAT DATANG

Sunday, January 31, 2010

Satu presentasi video



Sekiranya anda telah membaca setiap artikel saya di dalam blog ini, tentu anda ada terbaca tentang niat saya untuk berkongsi sesuatu di dalam posting Pengenalan kepada Kausar Kreatif.

Apa yang pernah saya tulis adalah:
"Saya pernah menyiapkan sebuah presentation video untuk Jamuan Tahunan di syarikat saya pernah bekerja dulu, tanpa sebarang ilmu tentangnya, hanya berbekalkan komputer, internet, kamkoder dan perisian yang disediakan (mungkin satu masa nanti saya akan buat satu artikel tentang itu)".

Walaupun telah 7 tahun berlalu, dan lebih banyak teknik yang lebih canggih pada masa ini, saya sengaja abadikan koleksi video ini untuk tatapan anda semua. Mungkin ia boleh memberi inspirasi dan suntikan idea kreatif untuk anda.

Karya yang saya berikan nama "BASF MTV" bersempena konsep lagu-lagu Top Ten yang memaparkan warga syarikat tempat saya pernah bekerja dahulu.

Video-video ini saya "upload"kan di Youtube. Jika anda berminat untuk meng"upload"kan video anda juga, anda boleh baca artikel saya Cara menghantar video anda ke Youtube di dalam segmen Komputer & Internet.

Sekiranya anda mengalami masalah video yang tersekat-sekat, tekan butang "PAUSE" terlebih dahulu dan biarkan bar berwarna merah penuh dahulu sebelum menekan butang "PLAY" semula.

Selamat menonton :)































5 comments:

Ziarah76 said...

terima kasih.
tuan di mana sekarang?

Ziarah76 said...

tuan, kalau tak keberatan boleh tak tolong buatkan saya satu gambar header cun punya utk letak kat atas blog, dgn latar belakang gambar masjid, dgn nama Ziarah76 timbul...

hehehe... kalau sudi la kiranya...

Penulis Bebas said...

Insya'Allah... akan diusahakan. :)

Unknown said...

salam sdr mutakalim,
link banner anda ada di sini.
salin tampal ke address bar kat atas dan enter. kemudian right-click utk save picture ke lokasi anda.
harap menepati citarasa anda :)

http://3.bp.blogspot.com/_O5rHoAhkvkw/S2jkK4mRD4I/AAAAAAAAA3I/p_hcwIih4x0/s1600-h/ziarah76.jpg

Ziarah76 said...

terima kasih banyak2 tuan yang mulia,
tapi bila dah save kat layout tu, dan tengok page ziarah76 tapi tiba2 takde pulak header tu. apa cerita ye?
mungkin anta punya imej tu dah ok, tapi ada yg tak kena pada saya punyak layout blog.
ada kena kena on kan atau able / disable benda tertentu untuk dapatkan gampar pi letakkan kat header?