SELAMAT DATANG

Tuesday, October 6, 2009

Lelaki : ED dan EHS


Di dalam alam rumahtangga, dua perkara ini menjadi fokus kepada setiap kaum Adam dalam menjalani kehidupan berkelamin yang bahagia. Meskipun ada pendapat mengatakan seks bukanlah satu-satunya perkara penting di dalam alam perkahwinan, tetapi ia boleh menjadikan hubungan suami-isteri lebih intim dan sempurna.

Ereksi merujuk kepada kebolehan alat kelamin lelaki untuk tahan sepanjang proses bersenggama atau selama yang dikehendaki. Ejakulasi pula adalah proses di mana air mani dilepaskan keluar daripada bahagian testis melalui urethra. Ereksi dan ejakulasi adalah berkait rapat kerana pada kebiasaannya ereksi akan hilang selepas proses ejakulasi berlaku. Terdapat juga kes di mana ereksi boleh kekal walaupun ejakulasi telah berlaku, sehingga berjam-jam lamanya. Keadaan ini dipanggil Priapism. Meskipun kebolehan untuk menahan ereksi sehingga berjam-jam lamanya adalah menjadi impian setiap lelaki, namun hakikatnya priapism yang berlaku lebih daripada 4 jam boleh menyakitkan dan sekiranya ia berterusan sehingga lebih 12 jam boleh mengakibatkan kecederaan kekal (sila kunjungi Segmen Lelaki untuk mengetahui lebih lanjut tentang Priapism)

Kegagalan alat kelamin lelaki berfungsi dengan baik dipanggil "Erectile Dysfunction" atau singkatannya ED. ED boleh diukur dengan "Erection Health Scale" (EHS) iaitu skala bagi mengukur kesihatan atau ketegangan ereksi yang diperkenalkan oleh Pfizer, pengeluar produk Viagra yang digunakan untuk mereka yang mengalami masalah ED.

Menurut skala ini ketegangan ereksi dikategorikan kepada empat jenis:
1 - Tiada ereksi walaupun saiz besar
2 - Ada ereksi, tetapi tidak cukup padat untuk melakukan hubungan kelamin
3 - Ada ereksi, tetapi tidak tegang sepenuhnya semasa melakukan hubungan kelamin
4 - Ereksi sempurna dan tegang sepenuhnya

Walaupun sedikit melucukan, tetapi perumpamaan keempat-empat skala ini dari 1 hingga empat telah diperbandingkan dengan tahu, pisang yang telah dikupas, pisang yang belum dikupas dan timun.

Oleh itu, janganlah anda terkejut jika seseorang bertanya kepada anda,
"Saudara ini tauhu, pisang atau timun?"

Untuk maklumat lanjut tentang ereksi yang normal, pelbagai komplikasi ejakulasi (termasuk ejakulasi pramatang dan priapism) dan pelbagai teknik mengatasi ED, sila kunjungi Segmen Lelaki

2 comments:

Ziarah76 said...

salam, bro... boleh tak tolong bagitau code apa yg digunakan untuk buat link mcm 'baca di sini' ?
terima kasih

Unknown said...

Salam mutakalim,
Tak payah guna kod. Dlm blogspot masa nak buat posting, cuma perlu ikut step ni:
1. Highlight dulu web address utk link dan salin (copy)
2. Taip teks yg nak di gunaka KLIK DI SINI atau BACA DI SINI
3. Highlight text tadi dan tekan butang link.
4. Tampal (paste) web link yg disalin tadi
5. Boleh test bila dah buat posting sama ada link tu betul